AKTIVITI

Pengikut

Ahad, 18 Mac 2012

Tazkirah Untuk Para Da'ie.

 Kita telah pun melibatkan diri di dalam perjuangan Islam. Mahu tidak mahu, kita wajib untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini melalui dengan cara berjamaah. Berikut adalah akhlaq dan adab berjamaah :

1. Ikhlas.

Niat hendaklah cuma hanya kerana Allah SWT dan menuntut keredhaanNya. Abu Musa Al-Ansya'ri menceritakan :

"Seorang Arab Badwi dtg menemui Rasulullah SAW dia bertanya : "Orang yg berperang kerana mahukan ghanimah (harta rampasan), org yg berperang supaya disebut org (menjadi mahsyur), berperang kerana riya' (menunjuk-nunjuk kepada org), maka sipakah yg dikira berperang pada jalan Allah?" Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berperang supaya kalimah Allah (Agama Islam) itu menjadi paling tinggi, maka dialah shj yang berperang pada jalan Allah)."

2. Percaya dgn baik kpd Allah SWT.

Seorang pejuang mesti memohon pertolonganNya dan percaya kepada janjiNya. Perkara ini hendaklah dinyatakan dgn mengadakan hubungan baik dengan Allah dgn sifat taqwa sehingga ia tidak boleh dijejaskan oleh amaran, sogokan dan lain2.

3. Istiqomah.

Apabila Sufyan BIn Abdullah berkata kpd Rasulullah SAW :

"Katakanlah kepada saya dengan kata2 yg jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanyakan seseorang yang lain daripadamu." Sabda Rasulullah SAW : "Katalah : Aku beriman kpd Allah, kemudian hendaklah beristiqomah."

4. Ta'at.

Ketaatan lahir drpd sikap saling mempercayai di antara pemimpin dan pengikut apabila kepimpinan mempunyai keikhlasan & menyatakan pengorbanan yg sebenar & perhatian kpd perjuangan & pengikut2nya. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa ayat 59 :

"Wahai org2 yg beriman! Ta'atilah allah dan ta'atilah Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan-selagi pemegang kekuasaan berpegang kepada Kitab Allah & Sunnah Rasul) di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.


5. Ukhuwwah (Persaudaraan).

FirmanAllah dalam Surah As-Saff ayat 4 :

"Sesungguhnya Allah mengasihi org2 yg berjuang pada jalanNya dalam saf laksana bangunan yang tersusun rapi."

6. Tidak leka dengan pencapaian yang ada.

Seringkali berlaku apabila terdapat sedikit kemajuan menyebabkan berlakunya kelekaan dalam menjalankan tugas dan memberi sumbangan.

7. Menunaikan janji dan beriltizam dengannya.

Firman allah SWT :

"Dan tepatilah perjanjian dgn Allah apabila kamu berjjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah2 kamu sesudah meneguhnya, pada hal kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin, sesungguhnya Allah mengetahui apa2 yang kamu lakukan." (Surah An-Nahl : 91).

8. Tdak melampau (Sentiasa menguasai diri).

Firman Allah SWT :

"Dan berperanglah pada jalan Allah akan org2 yg memerangi kamu & janganlah kamu melampui batas, sesungguhnya Allah tidak mengasihi org2 yg melampui batas." (Surah Al-Baqarah : 190).

Demikian drpd perkara yang perlu diberi perhatian di samping bermuhasabah kpd diri supaya perjuangan kita diterima, diredhai Allah & dikurniakan kemenangan di dunia dan di akhirat. Amin.....

Wallahu'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...