Bismillahirrahmananirrahim.
Firman Allah SWT :
"Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat (memilih/melantik/mengundi seseorang) kepada yang berhak menerimanya (seorang yang tahu tentang ilmu Islam dan yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup), dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil (mengikut Al-Quran dan Sunnah). Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat." (Surah An-Nisa : 58)
Perkataan "Tu adduul aamaanaati" bermaksud menyampaikan amanat (memilih/melantik/mengundi seseorang), di mana tugas ini tugas semua manusia baik rakyat ataupun pemimpin.
1. Jika seorang pemimpin, wajib ke atasnya untuk melantik seseorang di dalam melaksanakan tugas dan bertepatan dengan syariat Islam. Contohnya, melantik seorang hakim. Seorang hakim hendaklah seorang yang beriman, percaya kepada hukum Allah dan mempunyai ilmu perundangan dan kehakiman.
2. Jika seorang rakyat pula, wajib ke atasnya melantik seorang pemimpin yang beriman kepada Allah SWT yakni pemimpin yang ingin melaksanakan Islam secara syumul. Di dalam negara kita, proses pemilihan pemimpin adalah dengan cara membuang undi. Maka, sewajibnya kita mengundi. Perlu diingat, sewajibnya juga kita mengundi pemimpin yang adil. Hal ini kerana Allah mengazab jika seseorang memilih/melantik/mengundi pemimpin yang zalim. Firman Allah SWT :
"Jangan sekali-kali canderung (setuju/suka-apatah lagi melantik/memilih/mengundi) kepada orang-orang yang zalim, nescaya kamu disentuh api neraka." (Surah Hud : 113).
Perkataan 'Ilaa ahlihaa' yang membawa maksud 'kepada yang berhak menerimanya' ialah pemimpin yang ingin melaksanakn Islam secara keseluruhannya.
Sarjana hukum Islam membahagikan hukum Islam kepada lima bahagian, iaitu :
1. Ibadat : Urusan yang berkait dengan amal ibadat wajib dan sunat, jasad, roh, dan harta. Contohya, solat, berzikir, haji dan sebagainya.
2. Munakahat : Urusan keluarga seperti berkahwin, nafkah, perceraian dan sebagainya.
3. Muamalat : Urusan ekonomi seperti perniagaan, perbankan, pertanian, dan sebagainya.
4. Jenayah : Urusan kesalahan yang merosakkan agama, nyawa, keturunan, maruah dan harta.
5. Siasah Syari'iyyah atau Ahkam Sultaniyyah : Urusan pemerintahan yang mentadbir dengan hukum-hukum yang tersebut di atas.
Bagi penulis, adalah satu perbuatan yang tidak bijak sekiranya mengatakan bahawa tidak ada politik di dalam Islam kerana Allah sendiri menyuruh hamba-Nya untuk melantik pemimpin yang adil dan amatlah buruk sesetengah manusia yang menggunakan kuasa untuk menghalang manusia yang lain daripada melibatkan diri di dalam pemerintahan negara/politik.
Wallahu'alam.
Oleh :
Mutahharah Kamarudin,
Pengerusi,
Majlis Dakwah & Kebajikan,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS),
Negeri Sabah.
Selasa, 2 November 2010
MAHASISWA : DARI GALAS KE PARLIMEN
Sumber : http://mygamis.blogspot.com/
Lantas, pada 31 Oktober 2010 yang lalu, GAMIS telah menggerakkan Jentera Mahasiswa Malaysia untuk turun dan berkhidmat secara lebih merakyat kepada seluruh masyarakat di Galas dengan beberapa harapan yang tinggi agar masyarakat lebih memahami pasak perjuangan mahasiswa sebagai satu entiti penting yang mencorak masa depan Negara yang lebih dinamik.
Namun, beberapa peristiwa yang telah berlaku kepada mahasiswa di Galas telah memberikan satu tanggapan yang agak negatif kepada proses demokrasi di Malaysia yang pada umumnya harus lebih telus dan bersih. Beberapa siri tangkapan mahasiswa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya kerana mereka telah mengedarkan risalah untuk menyeru rakyat Galas memeriahkan lagi proses demokrasi dengan turun mengundi pada 4 November 2010 telah memperlihatkan kepada umum bahawa nilaian demokrasi di Malaysia masih berada pada tahap yang kritikal terutamanya kepada golongan mahasiswa.
Empat orang mahasiswa tersebut iaitu Ahmad Syukri Che Ab. Razab, Mohd Rijaludeen Mohd Anwar , Mohd Yusof Hadhari dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli telah ditahan oleh pihak polis pada 31 Oktober 2010 jam 1.30 petang dan dibawa ke IPD Gua Musang lalu hanya dibebaskan pada jam 9.15 malam telah menjelaskan kepada umum bahawa hak mahasiswa untuk terlibat di dalam proses politik dan demokrasi khususnya dalam PRK Galas masih dikekang oleh beberapa pihak walaupun pada awalnya Menteri Pengajian Tinggi; Dato’ Seri Khaled Nordin telah membenarkan mahasiswa untuk turun ke medan pilihanraya kecil DUN Galas.
Tuntas, mahasiswa berpendirian bahawa sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan secara total memandangkan aplikasinya yang sama sekali tidak relevan dan bersifat menyekat kebangkitan mahasiswa. Sekiranya pihak kerajaan Malaysia ingin melihat peranan mahasiswa terus hidup sebagai pemimpin muda Negara, maka menjadi tanggungjawab segera pihak kerajaan untuk memansuhkan AUKU. Apa yang pasti ialah, mahasiswa akan tetap agresif dalam menggerakkan proses perubahan samada AUKU dipinda ataupun terus kekal sebagai akta yang mengekang dan ketinggalan zaman.
Mahasiswa akan terus menghidupkan peranan sebagai agen semak dan imbang kepada sistem demokrasi Negara dengan bersifat responsif terhadap isu-isu nasional mahupun dasar-dasar Negara yang dilihat perlu kepada penelitian semula. Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk bertindak secara agresif sekiranya terdapat ketirisan dalam pengamalan demokrasi dan akan mengambil sikap kritikal dalam mengusulkan agenda perubahan yang konstruktif kepada pihak kerajaan.
“MEMURNIKAN GERAKAN, MEMAKNAKAN MAHASISWA”
Selasa, 10 Ogos 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
