AKTIVITI

Pengikut

Selasa, 2 November 2010

MENGUNDI SATU KEWAJIPAN.

Bismillahirrahmananirrahim.

Firman Allah SWT :

"Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat (memilih/melantik/mengundi seseorang) kepada yang berhak menerimanya (seorang yang tahu tentang ilmu Islam dan yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup), dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil (mengikut Al-Quran dan Sunnah). Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat." (Surah An-Nisa : 58)

Perkataan "Tu adduul aamaanaati" bermaksud menyampaikan amanat (memilih/melantik/mengundi seseorang), di mana tugas ini tugas semua manusia baik rakyat ataupun pemimpin.

1. Jika seorang pemimpin, wajib ke atasnya untuk melantik seseorang di dalam melaksanakan tugas dan bertepatan dengan syariat Islam. Contohnya, melantik seorang hakim. Seorang hakim hendaklah seorang yang beriman, percaya kepada hukum Allah dan mempunyai ilmu perundangan dan kehakiman.

2. Jika seorang rakyat pula, wajib ke atasnya melantik seorang pemimpin yang beriman kepada Allah SWT yakni pemimpin yang ingin melaksanakan Islam secara syumul. Di dalam negara kita, proses pemilihan pemimpin adalah dengan cara membuang undi. Maka, sewajibnya kita mengundi. Perlu diingat, sewajibnya juga kita mengundi pemimpin yang adil. Hal ini kerana Allah mengazab jika seseorang memilih/melantik/mengundi pemimpin yang zalim. Firman Allah SWT :

"Jangan sekali-kali canderung (setuju/suka-apatah lagi melantik/memilih/mengundi)  kepada orang-orang yang zalim, nescaya kamu disentuh api neraka." (Surah Hud : 113).

Perkataan 'Ilaa ahlihaa' yang membawa maksud 'kepada yang berhak menerimanya' ialah pemimpin yang ingin melaksanakn Islam secara keseluruhannya.

Sarjana hukum Islam membahagikan hukum Islam kepada lima bahagian, iaitu :

1. Ibadat : Urusan yang berkait dengan amal ibadat wajib dan sunat, jasad, roh, dan harta. Contohya, solat, berzikir, haji dan sebagainya.

2. Munakahat : Urusan keluarga seperti berkahwin, nafkah, perceraian dan sebagainya.

3. Muamalat : Urusan ekonomi seperti perniagaan, perbankan, pertanian, dan sebagainya.

4. Jenayah : Urusan kesalahan yang merosakkan agama, nyawa, keturunan, maruah dan harta.

5. Siasah Syari'iyyah atau Ahkam Sultaniyyah : Urusan pemerintahan yang mentadbir dengan hukum-hukum yang tersebut di atas.

Bagi penulis, adalah satu perbuatan yang tidak bijak sekiranya mengatakan bahawa tidak ada politik di dalam Islam kerana Allah sendiri menyuruh hamba-Nya untuk melantik pemimpin yang adil dan amatlah buruk sesetengah manusia yang menggunakan kuasa untuk menghalang manusia yang lain daripada melibatkan diri di dalam pemerintahan negara/politik.

Wallahu'alam.


Oleh :


Mutahharah Kamarudin,
Pengerusi,
Majlis Dakwah & Kebajikan,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS),
Negeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...