AKTIVITI

Pengikut

Jumaat, 6 Mei 2011

Peranan Mahasiswa Islam di Sabah-sepintas lalu

Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Rabb mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri  lalu mereka berkata: “Rabb kami adalah Rabb langit dan bumi, kami sekali-kali tidak menyeru Ilah selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. (QS. 18:13-14)

Merenung semula suasana masyarakat muslim di negeri Sabah, memberikan saya satu perasaan berat dan bersalah. Suasana masyarakat di sini yang masih lagi jauh ketinggalan dalam penguasaan asas-asas agama memberi kita satu indikasi bahawa pendakwah Islam untuk turun kepada mereka memberi bimbingan. 

Masih lagi ramai masyarakat muslim di Sabah(yg saya sempat tinjau sekitar Inanam dan sekitar Kota Kinabalu) yang merangkak-rangkak untuk bersolat dan membaca al-fatihah. Pemandangan serupa ini kebanyakannya menimpa golongan orang tua(golongan ibu-ibu dan bapa-bapa kerana ada diantara mereka yang baru memeluk Islam dan ramai yang begini). Untuk anak-anak mereka, alhamdulillah, kebanyakannya sudah diajarkan asas-asas Islam di sekolah. Saya tidak berasa terlalu risau tentang tahap ilmu yang ada pada mereka tetapi yang merunsingkan saya adalah tahap amalan mereka terhadap ajaran-ajaran Islam.

Semasa awal saya bergiat dalam PSS, kebanyakan pergerakan saya adalah dengan masuk ke kampung-kampung dari Kg Kionsom Kecil di Inanam sehinggalah ke Kg Himbaan di Bundu Tuhan. Saya amat berterima kasih kepada naqib saya dan beberapa orang sahabat kerana membawa saya memandangkan saya tidak ada kenderaan pada masa itu(sekarang pun sebenarnya!). Program yang kami jalankan kadang-kadang amatlah mudah, sekadar menziarahi dan mengajar keluarga itu untuk berwuduk dan bersolat. Namun kesannya setelah beberapa kali lawatan berkala menunjukkan tanda-tanda positif apabila mereka sudah mula bersolat walaupun tidak betul-betul ingat pergerakan di dalam solat. Lawatan sekadar 1 jam lebih betul-betul mudah dan memberi kesan yang baik kepada penghayatan Islam di sini.

Namun, ketika itu sehingga kini, masih lagi ramai penggerak-penggerak di kampus semakin kurang kesanggupan untuk terjun kepada masyarakat membimbing mereka. Saya tidak menafikan program dakwah dikampus adalah penting, namun dalam realiti semasa ternyata rakyat di luar juga perlu kepada sentuhan dakwah para duat di kampus. Sekilas pandang semasa program-program anjuran ISEUMS, masjid atau yang lain-lain melihatkan kepada penyertaan yang ramai di kalangan mahasiswa. Penyertaan lebih ramai apabila program itu berbentuk keilmuan atau menadah kitab dari para ustaz. Tetapi sayangnya, ilmu yang dipelajari itu hanya terhad kepada mereka sendiri dan tidak ditumpahkan kepada yang lain, khususnya masyarakat sekeliling yang sangat ketandusan ilmu akhirat.


Pad pada permasalahan ini saya melihat solusinya jika mahasiswa Islam di Sabah dapat mencurah bakti menabur bukti di jalan Ilahi dengan sama-sama turun kepada rakyat untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus. Justeru saya membuat beberapa saranan kepada seluruh mahasiswa Islam di seluruh kampus untuk:


1. Menyediakan diri dengan ilmu serta kefahaman yang benar dan sahih. Dapatkan kefahaman yang betul terhadap Al-Quran dan Sunnah nabi untuk dijadikan garis panduan kita dalam berdakwah. Kurangkan berbahas tentang isu-isu furuk dan lebih menumpukan terhadap dasar-dasar Islam itu sendiri. 


2. Mengenali waqi' di Sabah. Bagi orang Sabah yang memang sudah arif tentang waqi di sini tidak menjadi masalah. Untuk penggerak yang berasal dari semenanjung, selalulah bertanyakan tentang keadaan di Sabah kepada mereka yang lebih mengetahui. Satu cara yang dapat disarankan adalah dengan terjun kepada masyarakat untuk melihat sendiri keadaan dan tahap kefahaman mereka di dalam asas-asas Islam. Sambil-sambil terjun bawalah naskah Al-quran dan buku asas-asas fardhu ain untuk mad'u.


3. Bersedia untuk berkorban. Tidak dinafikan bahawa kita mempunyai tanggungjawab akademik. Namun, harus diingat bahawa kita juga mempunyai peranan sebagai daie. Keadaan geografi di Sabah amat mencabar dan memerlukan pengorbanan yang lebih untuk berjalan dan sebagainya. Mungkin kita terpaksa mendaki bukit untuk mengajar mengaji kepada anak-anak orang dusun di Kobuni atau meredah gelap untuk ke rumah-rumah orang kampung di Penampang.


Banyak sebenarnya sumbangan yang dapat kita berikan kepada masyarakat Sabah dalam rangka untuk mengislahkan mereka. Mahasiswa tidak seharusnya terus beretorik di kampus dan menjalankan program tetapi kita harus memandang lebih jauh daripada itu. Desakan pengaruh jahiliyyah yang semakin laju dan maju(kebanyakan rumah ada 'piring kelabu') bakal meninggalkan para daie yang masih lagi culas(penulis pun sedang 'struggle') untuk melihat masa depan Islam di negara kita. 


Moga-moga Islam lebih cerah dengan penyertaan kita menyemarakkan dakwah di Sabah. 



Mahasiswa agen perubahan!




1 ulasan:

  1. Custom, titanium edc - iTanium Art
    Custom, titanium edc - cobalt vs titanium drill bits iTanium Art. We offer personalized materials and high quality custom framing products. micro touch titanium trimmer $11.99 / Piece; babyliss pro nano titanium hair dryer 6 titanium tv alternative Pack citizen titanium dive watch Buy $6.99 / Piece; 6 Pack

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...